Nirbhaya, akhirnya kematianmu terbela...





Masih ingat lagi kisah tragis si gadis bernama Nirbhaya? Gadis berusia 23 tahun yang diseksa dan dirogol bergilir-gilir pada 16 Disember 2012 di dalam bas di Delhi, India.

Nirbhaya yang merupakan seorang pelajar jurusan fisioterapi bukan saja dirogol beramai-ramai, malah turut dipukul. Tragedi itu mengakibatkan gadis itu cedera parah sehingga diterbangkan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital si Singapura. Tetapi akhirnya hayat gadis itu berakhir pada 29 Disember.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan dunia bukan saja warga India, bahkan seluruh dunia mengutuk perbuatan keji dan tidak berperkemanusiaan itu.

Dan kini, setelah lebih kurang 8 tahun dibicarakan, akhirnya 4 pesalah yang menganiaya gadis itu sehingga menemui ajal telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Pada awalnya, polis menahan 6 lelaki yang terlibat dalam kejadian itu. Namun, salah seorang daripadanya ditemui mati membunuh diri di penjara pada Mac 2013. Manakala seorang lagi dilepaskan dengan menjalani hukuman pemulihan juvana kerana berusia 17 tahun sewaktu kejadian.

Tinggallan 4 orang pesalah ini dan setelah rayuan pengampunan mereka ditolak, akhirnya kini hukuman mereka kekal gantung sampai mati atas kesalahan merogol dan membunuh gadis tersebut.


Seperti kata ibu Nirbhaya, roh anaknya kini sudah boleh bersemadi dengan tenang.



Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.