Mungkin lelaki itu wali Allah, kisah pelik seorang jemaah dari Afrika di Mekkah

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Suatu hari, saya memasuki kawasan Masjidilharam. Waktu itu selepas solat Zuhur. Ketika itu memang musim panas iaitu sekitar bulan Ogos. Sebaik berada di sana, saya melihat seorang lelaki kulit hitam berambut kerinting sedang solat. Lelaki ini gayanya seperti jemaah dari Afrika.

Dia mengenakan kain ihram hanya bahagian sebelah bawah sahaja. Manakala kain ihram sebelah atas tidak dipakainya. Jadi, badanya terdedah kepada terik cahaya matahari.

Saya lihat, lelaki ini masuk ke kawasan Hijr Ismail. Saya memerhatikan gerak-gerinya. Ada sedikit keanehan pada lelaki ini. Mengapa di musim panas terik seperti itu dia tidak menutup badanya dengan kain ihram?

Lelaki ini kemudiannya solat sunat seorang diri. Setiap langkah dalam solatnya dilakukan dengan perlahan-lahan dan lama. Beliau juga rukuk dan iktidal begitu lama..

Malah , paling menarik perhatian saya ialah ketika itu sujud. Sujudnya lama sungguh. Jika saya sendiri, untuk sujud 30 saat pun tidak mampu kerana haba kepanasan yang melampau.

Anehnya, lelaki ini boleh sujud lama, berminit-minit. Saya tidak dapat bayangkan, betapa panasnya waktu itu. Maklumlah berada di musim panas, di kawasan padang pasir dan solat pula di tempat yang tidak berbumbung.

Tentulah, kita tidak mampu untuk sujud lama. Begitu juga dengan jemaah-jemaah yang lain. Saya perhatikan sujud mereka sekejap sahaja, kemudian bangun.

Peliknya, lelaki kulit hitam ini sujud lama, seolah-olah dia berada di dalam masjid yang berbumbung dan mempunyai pendingin hawa.

Selesai satu solat sunat, beliau ulang lagi solat, begitu juga keadaannya. Sentiasa sujud lama. Sepanjang pemerhatian saya, lelaki ini juga berdoa panjang.

Selepas sembahyang, dia baring di atas lantai.Mungkin untuk merehatkan diri. Bayangkan, di tengah panas terik, tiada sesiapa yang sanggup baring di situ.

Malah bukan sekadar berbaring, dia menggolekkan badannya ke kiri dan ke kanan dalam keadaan badannya tidak berlapik dengan kain ihram.

Kejadian itu bukan berlaku sekali. Malah selepas pertemuan yang pertama, saya menemui lagi lelaki ini di hari-hari berikutnya.

Aneh, begitu jugalah lakunya yang sujud lama di musimpanas. Saya merasakan ada sesuatu keistimewaan pada lelaki berkulit hitam ini. Tapi, saya takut hendak melah atau menafsirkannya, bimbang tersilap.

Pada suatu hari, saya dan ahli jemaahhendak pergi ke Tana'im. Di miqat itulah jemaah memasang niat umrah. Kami menaiki bas ke Syuaib Ali. Perjalanan ini sejauh lebih kurang tujuh kilometers

Di tengah perjalanan bas itu melalui kawasan perkuburan M'ala. Semasa melintasi perkuburan itu, saya ternampak lelaki kulit hitam tersebut berjalan kaki.

Saya memerhatikan beliau. Memang sah! Belaiu adalah lelaki yang bersujud lama di hjir Ismail tempoh hari.

Saya sahaja di Miqat Tana'im, kami turun dari bas. Mata saya terpaku melihat lelaki kulit hitam tadi sudah terpacak disitu. Dia yang berjalan kaki sampai dahulu daripada kami.

Pelik, bagaimana dia yang berjalan kaki boleh sampai dahulu? Sedangkan jaraknya jauh. Logik akal memang tak boleh terima.

Setelah selesai urusan berniat umrah di Tana'im, kami pulang ke Mekah. Ketika itu saya lihat lelaki ini masih di Tana'im. Sampai sahaja di mekah yang jaraknya sekitar tujuh kilometer, sekali lagi saya terkejut apabila melihat lelaki kulit hitam tadi sudah berada di Masjidilharam semula. Ini mengukuhkan lagi sangkaan saya bahawa dia adalah seorang...!

Sampai di Masjidilharam, saya segera mengerjakan Saie. Selai Saie, saya berhajat untuk bertemu lelaki kulit hitam tersebut. Sejak melihat keadaannya tidak memakai ihram lengkap, saya berhajat untuk bersedekah kepada beliau.

Kebiasaannya jemaah haji atau umrah dari Afrika ini kalangan orang yang susah dan mereka sangat memerlukan bantuan, pasti mereka segera ambil. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi jemaah berkulit hitam yang saya temui sebelum ini.

Saya merapati lelaki ini. Apabila hampir dengannya, saya dapat melihat dengan jelas wajahnya yang sangat bersih dan berseri-seri. Kain ihramnya sangat lusuh. Kelihatan lelaki ini berusia sekitar 70-an.

Saya memberi salam, lalu menghulurkan sedikit wang kepadanya. Lelaki ini mendongakkan kepala dan geleng-geleng sambil memberi isyarat tangan bahawa dia tidak perlukan wang tersebut.

Saya terkejut. Mengapa lelaki ini enggan menerima wang sedekah? Kalau tidak mahu, mengapa kain ihramnya lusuh?

Sejak tahun 1979 lagi, saya membawa jemaah haji dan umrah. Saya amat mengenali golongan berkulit hitam memang tidak pernah menolak sebarang bentuk sedekah.

Tetapi lelaki kulit hitam di hadapan saya ini sangat luar biasa. Dia menolak sedekah yang diberikan. Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran saya waktu itu.

Al-Ghazali pernah mengatakan "  jika kamu melihat seseorang manusia terbang di udara dan berjalan atas air, sedangkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak, maka hendaklah kamu ketahui sungguh itu adalah syaitan".

Tetapi lelaki ini kuat beribadah. Berdasarkan tiga kejadian aneh tersebut, iaitu beliau boleh sujud lama di musim panas, berjalan laju menuju Tana'im dan tidak menerima sedekah, saya mengatakan lelaki ini bukan sebarangan manusia.

Mungkinkah dia seorang Wali Allah?

Saya terus bersalah dengannya. Ketika itulah saya merasakan benar sangkaan tadi bahawa lelaki ini mungkin Wali Allah.

Sememangnya Wali Allah ini diberikan karamahnya tersendiri. Golongan ini mungkin ramai di kota Mekkah. Beruntunglah sesiapa yang menemui wali-wali Allah ini yang tidak cintakan dunia.









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.