Mei 2008 : Ratusan ribu katak "berhijrah" petanda Sichuan bakal ditimpa malapetaka



Pada 5 Mei 2008, penduduk wilayah Sichuan,  di China menjadi pelik apabila ribuan ekor katak membanjiri bandar tersebut. Haiwan itu berpusu-pusu melintasi jalan, seolah-olah sedang berhijrah, atau sedang melarikan diri daripada sesuatu.



Fenomena aneh dan tidak pernah berlaku itu menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ramai di antara mereka yang menganggap ia adalah petanda sesuatu yang buruk akan berlaku akan berlaku. Perkara buruk itu ialah bencana alam semula jadi.


Namun, kerajaan China menafikannya. Menurut kerajaan China, penghijrahan itu adalah satu perkara biasa dalam kitaran hidup haiwan berkenaan. Kerajaan China juga meminta agar penduduk tidak terlalu mempercayai ramalan-ramalan tersebut, menyebabkan warga Sichuan kembali tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Bagaimanapun, seminggu selepas itu, iaitu pada 12 Mei 2008, apa yang dinafikan oleh kerajaan China benar-benar terjadi. Pukul 2.45 petang, Wilayah tengah China dikejutkan dengan satu gegaran kuat berukuran 7.8 skala Richter, yang menyebabkan kira-kira 10 ribu orang penduduknya terbunuh.






Gempa bumi itu telah menyebabkan kerosakan yang teruk di wilayah tersebut. Gegarannya tuut di rasai di Thailand, Vietnam dan Hong kong.

Ternyata, migrasi puluhan ribu ekor katak yang membanjiri bandar Sichuan minggu sebelum dilanda gempa bumi, sebenarnya adalah petanda terhadap kejadian gempa bumi yang bakal terjadi.

Sesungguhnya, katak adalah haiwan yang amat berguna dalam kitaran hidup kita. Katak juga menjadi petunjuk kepada kualiti alam di planet bumi ini.




Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.