Kisah Maslamah kelaparan di rumah Khalifah Umar Abd Aziz



Sebagai seorang keluarga raja, Maslamah bin Abdul Malik terkenal sebagai seorang yang sangat mewah dalam hidup hinggakan mahu makan makanan yang mahal dan lazat sahaja.

Gambar Hiasan

Pada suatu hari, Khalifah Umar bin Abd. Aziz yang sangat soleh berniat untuk mendidiknya agar hidup bersederhana. Beliau mengundang Maslamah ke rumahnya dan menahannya sjak pagi hingga petang tanpa makanan.

Setelah Maslamah berasa sangat lapar, Umar mula menghidangkan makanan berupa bubur kacang kosong tanpa lauk pauk. Disebabkan terlalu lapar, Maslamah segera makan dengan lahapnya.

Setelah kenyang, Umar menghidangkan pula makanan lain yang mewah kepadanya lalu berkata "Makanlah"

Maslamah menjawab:"Saya sudah kenyang dan tidak mampu makan."

Umar berkata: "Mengapa bermewah-mewah dalam makanan sehingga memasukkanmu ke neraka padahal makanan murah pun cukup bagimu"

Sejak itu, Maslamah meninggalkan tabiat buruk tersebut.

"Sejak penyebaran virus Covid 19, kita perlu sedar hidup yang berkiblatkan kesenangan dunia akan terhenti dek kerana tentera Allah yang terlalu halus ini. Kita sering berlebihan menurut hawa nafsu..."



Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.