Herdikan Imam Hammad asbab jadikan Siwabih ulama tersohor ilmu bahasa Arab

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Setiap orang yang mempelajari bahasa Arab pasti mengenali Sibawih. Beliau merupakan ulama bidang nahu yang memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam perkembangan bahasa Arab hingga namanya masih hidup hingga hari ini.



Pemilik sebenar nama Abu Bisyr 'Amr bin Usman bin Qanbar ini hakikatnya hanyalah seorang pemuda biasa sehinggakan beliau pernah diherdik oleh gurunya iaitu Imam Hammad bin Salamah di Basrah ketika mempelajari hadis.

Beliau telah tersilap membaca sebuah baris sebuah kalimah dalam hadis tersebut. Lafaz yang sepatutnya dibaca mansuh telah dibaca dengan marfu'.

Imam Hammad mengherdiknya di hadapan orang ramai dengan mengatakan "Engkau keliru, wahai Sibawih!"

Herdikan tersebut sangat berkesan di hati Sibawih. Beliau jua berasa malu dan marah lantas tekad dalam hati "Aku akan menuntut sebuah ilmu yang dapat menjagaku daripada disalahkan oleh orang lain"

Setelah peristiwa itu, beliau berjumpa dengan ulama nahu terbaik pada zamannya iaitu Al-Khalil bin Ahmad untuk mempelajari kesemua ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab.

Berkat kesungguhannya, akhirnya namanya mula dikenali beberapa lama kemudian sebagai seorang tokoh bahasa Arab yang terkemuka sepanjang sejarah.









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.