Fakta-fakta menarik mengenai katak yang ramai tak tahu

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Katak adalah haiwan yang amat berguna dalam kitaran hidup kita. Katak juga menjadi petunjuk kepada kualiti alam di planet bumi ini. Sekarang, mari kita terjun ke dalam "kolam maklumat" untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fakta-fakta menarik mengenai haiwan ini...



Katak dipercayai wujud pada zaman jurasik, iaitu lebih 190 juta tahun dahulu. Katak-katak pada zaman itu mempunyai kaki belakang yang kuat untuk membolehkannya melompat dengan jauh bagi mengelak daripada dimakan dinasour.

Saintis juga telah menemui sejenis katak zaman purba yang digelar  Devil Frog, hidup kira-kira 70 juta tahun dulu. Menurut pakar paleontologis dari Stoony Brook University of New York, David Krause, Devil Frog adalah katak raksasa yang paling besar pernah wujud. Malah, dalam kajian mereka, sumber makanan badi Devil Frog ialah anak-anak dinasour.

Devil Frog

Menurut kajian mereka, katak jenis ini boleh membesar sehingga 29 sentimeter, berat sekitar 4.5 kilogram, mempunyai mulut yang luas serta gigi yang tajam dan kuat.

Seterusnya, terdapat kira-kira 4,000 jenis amfibia (berdarah sejuk dan bertulang belakang) di planet bumi ini, dan salah satunya ialah katak. Haiwan jenis ini lazimnya bertelur di dalam air.

Katak hanya akan makan binatang yang bergerak seperti serangga dan labah-labah. Namun tidak semua katak yang memakan serangga. Ada juga spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan.

Katak boleh mengubah warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar bagi mengelak daripada haiwan pemangsa.

Katak  menyerap air menggunakan kulitnya, jadi binatang tersebut tidak perlu minum. Katak juga menggunakan kulitnya untuk menyerap oksigen.

Sesetengah spesies katak boleh meloncat 20 kali lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri.

Conraua Goliath Frog, yang hidup di perhutanan Cameroon di Afrika Barat adalah spesies katak terbesar pernah ditemui. Panjangnya boleh mencecah 75 sentimeter dan berat 3.3 kilogram. Gold Frog pula spesies katak terkecil, hanya berukuran 9.8 milimeter (dari hujung kaki hadapan ke hujung kaki belakang), dan banyak ditemui di Selatan Brazil.


Conraua Goliath Frog

Gold Frog


Orang Asli Australia dan Red Indian di Amerika percaya, katak adalah haiwan pembawa hujan. Kalau katak berbunyi kuat dan bersahutan, maknanya hujan akan turun dan fahaman ini sama dengan yang berlegar di kalangan masyarakat Melayu!

Masyarakat India pula percaya katak adalah jelmaan guruh di langit. Di China,mereka percaya gerhana bula terjadi kerana katak yang hidup di bulan itu mahu memakan bulan tersebut. Berbeza dengan Jepun, penduduk negara tersebut pervaya katak adalah simbol kepada nasib yang baik.

Musuh katak ialah haiwan pemangsa seperti ular, biawak, burung dan ikan. Tetapi untuk pengetahuan anda, musuh katak yang paling utama, yang boleh menghancurkan serta menghapuskan keturunan mereka di muka bumi ialah pencemaran alam sekitar hasil perbuatan khianat MANUSIA. sekian







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.