"Dia hanya tukang cuci, tapi saya lihat setiap hari dia membaca al Quran"



SUNGAI BULOH - Dia hanya seorang tukang cuci namun usahanya mendekati ajaran agama Islam dengan membaca al-Quran ketika masa lapang membuat ramai kagum.


Tidak terkecuali, pemilik akaun Facebook Imran Kasran yang berkongsi kisah tersebut untuk tatapan pengguna Facebook.

Katanya, setiap kali dipanggil bertugas lebih masa (OT) pada waktu malam (oncall), dia akan terserempak dengan seorang hamba ALLAH dikenali Shafigur dari Bangladesh di sebuah surau di sini.

"Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar baju yang dah terpakai, tambah barang-barang dalam OT.

"Selalunya, dia akan ambil masa beberapa minit pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

"Bila ditegur, setiap hari baca al-Quran berapa banyak? Kerana saya tengok setiap hari Shafigur berada dalam surau di antara solat Maghrib dan Isyak.

"Dia sekadar menjawab, hanya membaca satu juzuk sahaja, nanti dalam sebulan dia khatam Quran," katanya.

Bercerita lanjut, katanya, Shafigur membaca al-Quran bukan kerana dia mempunyai masalah dalam kehidupan sebaliknya membaca al-Quran ketika hatinya tenang dan menjanjikan, apabila kita menjaga ALLAH, nanti ALLAH akan jaga kita kembali.

Kisah penuh inspirasi itu nyata membuka mata ramai netizen agar sentiasa istiqamah dalam rutin membaca al-Quran.

"Tak kira apa pekerjaannya kolar biru ke kolar putih ke...yang paling mahal dan bernilai sentiasa istiqamah dalam rutin bacaan al-Quran yang dibuatnya.

"Semoga kisah ini jadi inspirasi buat kita juga. Asbab untuk kita terus baca al-Quran. Insya-ALLAH dipermudahkan segala urusan amin," kata Sharina Supian.

Netizen dikenali Fathia Arfanuddin berkongsi pendapatnya dengan mengakui amalan membaca al-Quran setiap hari akan menemui ketenangan.

"Betul sangat apa yang dia kata. Pengalaman saya sendiri pun. Saya mula buat amalan baca al-Quran setiap hari. Jadikan al-Quran itu sebagai teman dan kita akan jumpa ketenangan. Alhamdulillah ketenangan itulah yang saya perolehi sekarang," ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah SAW memberi jaminan "bacalah Al Quran, sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pendampingnya"





Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.