Covid 19 : Menteri Jerman bunuh diri akibat terlalu tertekan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


FRANKFURT, 5 Syaaban 1441H, Isnin – Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer dijumpai maut dipercayai membunuh diri berikutan kebimbangan melampau terhadap wabak COVID-19. 

Pemimpin negeri itu, Volker Bouffier berkata, Schaefer ditemui tidak bernyawa berdekatan sebuah landasan kereta api pada Sabtu.

Bouffier, mendiang dipercayai membunuh diri kerana terlalu bimbang mengenai cara untuk menangani krisis ekonomi susulan impak daripada pandemik COVID-19.

Katanya, Schaefer yang berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ketua Kewangan di Hasse telah berhempas-pulas membantu syarikat dan pekerja yang terkesan dengan pandemik tersebut.

“Kami terkejut, berasa tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih. Hari ini, kami terpaksa mengandaikan bahawa beliau terlalu bimbang.

“Kita memerlukan seseorang seperti beliau pada saat-saat sukar sebegini,” katanya dalam satu rakaman kenyataan.

Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan berkata, kes itu dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.
Schaefer meninggalkan seorang balu dan dua anak.

Hesse terletak di Frankfurt yang juga ibu kota Jerman, di mana ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt. – Agensi


Admin: Duduk dirumah berminggu-minggu kerana PKP juga satu stress... minyak murah tapi tak boleh nak kemana


Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.