Covid 19 : Jangan lupakan "Acik Cleaner"



"PLEASE STAY AT HOME"


Frontliner bukan sahaja doktor, jururawat, ppp ataupun pka.

Tetapi, acik cleaner juga merupakan sebahagian dari frontliner.

Acik cleaner mempunyai banyak skop tugas di klinik dan juga hospital.

Bilik rawatan, bilik kuarantin akan di cuci oleh geng acik cleaner.

Tanpa mereka, klinik dan hospital boleh lumpuh.

Kebanyakan dari mereka sudah berusia.
Tetapi mereka sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yang telah diberi.

Mereka bekerja mengikut syif yang telah ditetapkan.

Setiap pagi,mereka masuk kerja dengan penuh semangat.

Mereka akan pulang pada lewat malam.
Siapa yang tidak takut dengan virus covid ini?

Jika ditawakan kepada anda gaji 2k sebulan untuk ambil alih tugas mereka, adakah anda sanggup?

Tak semua orang berani untuk berhadapan dengan virus yang boleh membunuh ini.
Virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Virus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Sesungguhnya upah dan gaji yang mereka dapat tak setimpal dengan risiko yang mereka hadapi setiap hari.

Marilah kita sama-sama berdoa agar geng acik cleaner diberi kekuatan dan terhindar dari jangkitan sepanjang menghadapi wabak covid19 ini bersama-sama anggota kesihatan yang lain.





Jika anda mempunyai perniagaan atau produk Muslim yang hendak diiklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.