Cara nak mohon moratorium (penangguhan) bayaran ansuran hutang akibat Covid-19



MORATORIUM PEMBIAYAAN BANK SEMPENA WABAK COVID


Apa itu moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.

Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:

1. Bank Rakyat
2. SME Bank
3. TEKUN
4. Bank Simpanan Nasional
5. Public Bank dan Public Islamic Bank
6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
7. AgroBank
8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
9. Maybank dan Maybank Islamic
10. Bank Islam Malaysia Berhad
11. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_moratorium.page

Selain korang boleh apply penangguhan bayaran ini melalui web maybank2u (bagi yang ada buat hutang dengan Maybank) korang pun boleh guna apps Maybank2u, ikut step dibawah... pastikan download dulu la apps maybank2u

guna apps atau web, sama je kaedahnya..







Lain institusi lain syaratnya, contoh aku tanya bank Islam, dia kata yang nsk mohon hanya yang positif Covid 19 dan bercuti tanpa gaji, tapi Maybank takde syarat2 ni semua, lagi satu penangguhan pinjaman perumahan under maybank takde ye... aku tengok dalam list tak disenaraikan, lain-lain pinjaman macam pinjaman peribadi, kenderaan dan ASB boleh mohon penamgguhan under Maybank... ok itu je ak nak share



Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.