Adakah anda kerap servis pendingin hawa (aircond) kereta? mungkin anda perlu tahu hal ini

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Adakah benar jika kita meletakkan kelajuan penyaman udara pada tahap minimum akan merosakkannya berbanding menggunakan secara maksimum? ada juga yang faham jika letak pada tahap minimum habuk dari luar banyak masuk ke dalam kenderaan.

Andaian di atas mungkin kurang tepat, namun bergantung kepada tetapan operasi penyaman udara kereta anda. Pengumpulan habuk pada bahagian sirip pengering / penyejuk adalah perkara biasa dan akan terjadi walaupun kita sentiasa memasang kelajuan tertinggi bagi kipas penghembus.

Disarankan juga sentiasa melakukan cucian dan servis kepada sistem penyaman udara setiap setahun sekali bagi mendapatkan penyejukan optimum.

Selain itu, kelajuan kipas yang lebih tinggi akan mengurangkan peluang habuk melekat di sirip pengiring, tetapi bergantung sama ada anda mengitar semula udara di dalam kenderaan atau sebaliknya.

Mengalirkan udara dari luar untuk masuk ke dalam kereta adalah baik bagi menggantikan oksigen dalam kenderaan yang lebih segar.

Namun mungkin kurang sesuai dalam keadaan jalan raya yang sesak dengan banyak pelepasan ekzos dari kenderaan lain atau kawasan berhabuk.







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.