15 petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 - KP Kesihatan

Kongsikan :



Ketika petugas kesihatan bertungkus-lumus berkhidmat merawat pesakit Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah memberitahu 15 daripada mereka telah dijangkiti virus tersebut.

Daripada jumlah itu, 12 merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan tiga kakitangan kesihatan swasta.

Menurut Noor Hisham, salah seorang daripada 12 kakitangan KKM yang dijangkiti kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus Covid-19.

“Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pada masa sama, beliau sekali lagi merayu kepada orang ramai supaya berada di rumah sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

“Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya.

Sumber : malaysiakini

Admin: petugas kesihatan paling berisiko ketika ini, inisiatif perlu ada untuk membela mereka.




Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.