P Ramlee angkat "Geng Komeng"




P.RAMLEE ANGKAT KOMENG

Siapa yang tidak kenal dengan Geng Komeng? Kumpulan Kongsi Gelap yang sangat terkenal di Kuala Lumpur pada tahun 1960-an. Antara kes jenayah yang pernah dilakukan oleh Geng Komeng ini ialah rompakan kedai emas, penculikan Nora anak Pak Maon dan Komeng sendiri pernah mencederakan seorang pemilik kedai emas.

Setiap gerakan Geng Komeng dalam melakukan jenayah penuh dengan strategi yang dirangka oleh Komeng dan dibantu oleh empat orang kanannya. Hanya satu sahaja kesilapan dan kebodohan mereka kerana ditipu oleh seorang bomoh di hujung kampung. Markas Geng Komeng ini bertempat di nombor 38, Jalan Bunga Kantan.

Itulah sedikit sandiwara di pagi Sabtu. Filem Nasib Do Re Mi terbitan Studio Merdeka pada tahun 1966 merupakan karya asal S.Sudarmaji yang dipilih oleh P.Ramlee untuk difilemkan.

Tetapi apa yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana P.Ramlee mengangkat Idris Hashim yang merupakan seorang penggiat bangsawan sebelum itu ke layar perak dan dengan sekelip mata menjadi terkenal kerana watak Komeng sehingga ke hari ini.

Idris Hashim mula berlakon dibawah arahan P.Ramlee menerusi filem Sitora Harimau Jadian. Selepas itu beliau sangat konsisten dan menjadi pelakon kepercayaan P.Ramlee di Studio Merdeka. Hampir kesemua filem yang P.Ramlee arahkan di Studio Merdeka Idris Hashim turut terlibat.

Watak Komeng lakonan beliau dalam filem Nasib Do Re Mi bagi saya sangat ikonik dan ianya kekal segar sehingga ke hari ini. Komeng adalah Idris Hashim dan Idris Hashim adalah Komeng tiada yang lain.

Sumber : Majallah Filem, bil 77
Teks : Hidir Ali Razali


Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.