Hanya benua Antartika sahaja masih selamat daripada virus Covid 19, ia telah merebak ke seluruh dunia!

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan penilaian risiko global terhadap Covid-19 ke tahap tertinggi selepas epidemik itu menular ke sub-Sahara Afrika selain mengakibatkan pasaran kewangan menjunam.

Virus itu terus merebak ke serata dunia sepanjang minggu lalu apabila muncul di setiap benua kecuali Antartika, menyebabkan banyak kerajaan dan perniagaan berusaha menghalang orang ramai daripada mengembara atau berkumpul di tempat sesak.

Covid-19 sudah meragut lebih 2,800 nyawa dan menjangkiti lebih 84,000 orang di seluruh dunia yang kebanyakannya di China, sejak ia tercetus dari sebuah pasar haiwan di Wuhan pada Disember tahun lalu.

Penularannya yang pantas ke kawasan baharu telah menimbulkan kebimbangan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, ia menjejaskan sembilan negara baharu dari Azerbaijan ke Mexico hinggalah New Zealand.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensi itu kini meningkatkan penilaian risiko penularan dan risiko impak Covid-19 ke tahap sangat tinggi pada peringkat global.

“Setakat ini, kita tidak melihat bukti virus itu menular secara bebas dalam komuniti. Ini bermakna, kita masih ada peluang untuk mengekang virus berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Namun, ia tetap menggusarkan pelabur global, dengan pasaran dunia berdepan minggu paling teruk sejak krisis kewangan 2008.

“Ini bukan masa untuk panik. Ia adalah masa untuk bersiap-siaga sepenuhnya,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Sumber : Harian Metro

Admin : Tahun 2020 sangat mencabar, Virus Covid 19 dan kekusutan Politik tanah air menyebabkan rakyat terkesan akan himpitan ekonomi yang terjejas. Elakkan kerap beraktiviti luar khususnya ditempat tumpuan awam.







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.