Buaya sebesar bas di Sungai Selangor, adakah sesuatu yang mustahil?

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Kecoh bila ada cerita seorang brader kaki mancing dari Puncak Alam yang terserempak dengan seekor buaya yang dikirakan sebesar bas.


Apakah ianya sesuatu mustahil? Sungai Selangor memang misteri bab penemuan buaya gergasi ini...

korang baca berita bawah ni

KUALA SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan gambar seekor buaya menyusuri Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini yang tular di media sosial diambil oleh seorang pemancing semalam.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran buaya itu kira-kira jam 9.30 pagi
"Hasil siasatan kami mendapati pengadu yang juga pemancing berusia 41 tahun melihat buaya itu ketika memancing di kawasan berkenaan.

"Pemancing yang berasal dari Puncak Alam kemudian bertindak mengambil gambar reptilia berkenaan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.
Menurut Haidar, kakitangannya telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Malah, tindakan segera diambil untuk keselamatan khususnya pengunjung dan pemancing yang menyusuri sungai itu berikutan ia menjadi tumpuan habitat kelip-kelip," katanya.

Haidar berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti rekreasi di sungai dan memaklumkan pada pihak Perhilitan sekiranya terlihat reptilia itu.

"Sebarang aduan, orang ramai boleh salurkan terus ke Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, gambar seekor buaya menyusuri sungai di Kampung Kuantan di sini, tular di media sosial Facebook semalam.

Sebuah laman Facebook yang memuat naik status itu memaklumkan, reptilia yang ditemui di Sungai Selangor itu terlalu besar.

"Sado Sungai Selangor kawasan Kampung Kuantan. ‘Besar bas’ guys," katanya.

Status dan gambar yang dimuat naik Ahmad Mustain itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook lain.

Beberapa tahun sebelum ni, seluruh Kuala Selangor gempar dengan penemuan seekor bangkai buaya gergasi yang sangat-sangat besar, berita seperti dibawah..

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.




“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.




“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.

Admin : Kepada yang selalu turun ke Sungai Selangor, berhati-hati... 







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.