"..Bahaya lantik golongan anti Islam" Mufti Perlis beri peringatan



JANGAN LANTIK MUSUH...


Pada petang ini, marilah kita mengambil sedikit masa bertadabbur ayat ALLAH yang mengingatkan kita bagaimana kita menguruskan tadbir kehidupan kita. Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran ayat 118:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةࣰ مِّن دُونِكُمۡ لَا یَأۡلُونَكُمۡ خَبَالࣰا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَاۤءُ مِنۡ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَمَا تُخۡفِی صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَیَّنَّا لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil 'orang dalam' (yang dipercayai dan diserah urusan penting) selain dari kalangan kamu (orang beriman). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka dari mulut-mulut mereka, dan apa dada mereka sembunyikan lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) berakal".

In English: "O you who have believed, do not take as intimates those other than yourselves, for they will not spare you [any] ruin. They wish you would have hardship. Hatred has already appeared from their mouths, and what their breasts conceal is greater. We have certainly made clear to you the signs, if you will use reason".

-Ayat ini melarang mengambil golongan ANTI-Islam memegang urusan penting dalam kehidupan kita.

Tanda mereka itu anti-Islam ialah;

1. Mereka tidak henti-henti mencari jalan merosakkan masyarakat muslim.
2. Mereka suka jika masyarakat muslim dalam kesusahan.
3. Kebencian terhadap Islam itu jelas zahir dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi dalam dada mereka lebih besar.

Sepanjang zaman, ayat ini pasti dibenci oleh musuh-musuh Islam dan 'khadam-khadam' mereka. Mereka akan memarahi sesiapa yang membaca atau sesiapa menjelaskan maksud ayat ini.

Selamat beristirahat bersama keluarga sambil memikirkan amaran Allah dalam ayat ini.

Sumber : Facebook Dr Maza



Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.