Sila baca ni sebelum anda servis pendingin hawa (Aircond) kereta

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Soalan : Adakah benar jika kita meletakkan kelajuan penyaman udara pada tahap minimum akan merosakkannya berbanding menggunakan secara maksimum. Saya juga difahamkan jika letak pada tahap minimum, habuk dari luar banyak masuk ke dalam kenderaan.

Jawapan: Andaian itu mungkin kurang tepat, namun bergantung kepada tetapan operasi penyaman udara kereta anda. Pengumpulan habuk pada bahagian sirip pengering / penyejuk adalah perkara biasa dan akan terjadi walaupun kita sentiada memasang kelajuan tertinggi bagi kipas penghembus.

Disarankan juga sentiasa melakukan cucian dan servis kepada sitem penyaman udara setiap setahun sekali bagi mendapatkan penyejukan optimum.

Selain itu, kelajuan kipas yang lebih tinggi akan mengurangkan peluang habuk melekat di sirip pengering, tetapi bergantung sama ada anda mengitar semula udara di dalam kenderaan atau sebaliknya.

Mengalirkan udara dari luar untuk masuk ke dalam kereta adalah baik bagi menggantikan oksigen dalam kenderaan yang lebih segar.

Namun mungkin kurang sesuai dalam keadaan jalan raya yang sesak dengan banyak pelepasan ekzos dari kenderaan lain atau kawasan berhabuk







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.