Bila kereta "jahanam" selepas redah banjir... korang baca ni

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :



Saya mahu bertanya masalah kereta proton Persona yang dimilik ini. Kereta itu pernah meredah banjir kilat lebih kurang separas lutut.

Akibatnya, ia mengalami kerosakan di bahagian kotak gear dan piring klac terpaksa ditukar. Bunyi enjin juga tidak seperti biasa seakan akan mengguanakn diesel.

Apa perlu saya lakukan untuk menjadikan bunyi enjin seperti biasa? Adakah saya perlu baik pulih keseluruhan enjin?

JAWAPAN : Meredah air ketika enjin dan komponen kereta agak panas, kebiasaannya mendatangkan beberapa kerosakan. Biarpun air tidak dalam, ia bergantung kepada tahap kepanasan bahagian enjin kerana berlaku penyejukkan secara mendadak.

Keadaan itu mampu mengubah bentuk komponen yang panas dan merosakkannya. Bahagian perumah luar mungkin berubah bentuk, menyebabkan posisi tapak bagi pelbagai komponen. Walaupun perubahan itu berlaku sedikit, ia mampu memberi kesan buruk kepada operasi enjin.

Bunyi yang tidak sepatutnya harus dikenalpasti puncanya, terutamanya kesan ketukan atau geseran bersifat seperti logam. Adakalanya ia berpunca posisi ekzos yang beralih atau penutup kepala silinder renggang.

Cuba kenal pasti punca bunyi dengan meminta pendapat mekanik dan jika tiada penurunan prestasi enjin, mungkin tiada kerosakan serius terjadi.

Periksa juga sama ada air memasuki ruang enjin dan bercampur dengan minyak pelincir. Jika ada titisan air atau minyak seperti keputihan, tukar minyak pelincir dengan segera.

Ini juga mungkin penyebab bunyi enjin menjadi lebih kuat kerana kemampuan pelinciran menurun.









Dikuasakan oleh Blogger.