Kongres pertama Angkatan Wanita Sedar

Kongsikan :


10 Oktober 1947

AWAS (Angkatan Wanita Sedar) telah mengadakan kongres pertama mereka di Kajang, Selangor.


Walaupun tidak banyak diceritakan, wanita turut memainkan peranan besar dalam sejarah perjuangan rakyat Malaya untuk kemerdekaan. Salah sebuah pertubuhan wanita yang bergerak aktif pada zaman selepas Pendudukan Jepun ialah AWAS, yang bermula sebagai sayap wanita PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) pada tahun 1947.

Gambar ini diambil semasa kongres AWAS yang pertama di Kajang, Selangor pada 10 Oktober 1947.

Sumber gambar: 'Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’ (Qalam, 1957)





Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.