November 1914: Pengisytiharaan "jihad" kerajaan Uthmaniyyah terhadap Britain, Perancis dan Russia

Kongsikan :



Pengisytiharaan perang jihad dibacakan oleh para ulama di setiap Masjid pada November 1914 menyeru kaum Muslimin menyokong Uthmaniyyah menentang pakatan Salibiyyah Inggeris, Perancis dan Russia.

Seruan ini turut disampai sehingga ke Masjidil Haram menyeru para jemaah haji turut sama berjihad.

Di Tanah Melayu, antara ulama yang menyahut seruan jihad ini di antaranya Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut. Diceritakan semasa Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya menentang British, panji-panji Uthmaniyyah berkibar merata di seluruh Uthmaniyyah sebagai tanda dokongan dan kesatuan dalam menentang penjajah British.

Di Singapura, askar-askar British yang terdiri dikalangan India Muslim juga turut memberontak kerana terpengaruh seruan jihad yang dikobarkan para ulama di India.





Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.