Puluhan pelajar Palestin syahid pada 2018, ratusan dipenjara oleh Israel

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

RAMALLAH, 13 Rejab 1440H, Rabu – Menteri Pendidikan Palestin, Sabri Saidam mendedahkan sekurang-kurangnya 299 pelajar sekolah berada dalam tahanan penjara rejim pengganas Israel, lapor Anadolu.



Bercakap kepada pemberita di Ramallah, Sabri berkata, selain pelajar sekolah, rejim berkenaan turut menahan 30 kakitangan Kementerian Pendidikan Palestin.

Beliau berkata, tahun lalu, 47 pelajar telah mati syahid, manakala 3,191 yang lain cedera akibat ditembak rejim Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis.
Sekurang-kurangnya 97 sekolah menjadi sasaran pencerobohan Israel, termasuk 87 sekolah di Tebing Barat dan 10 lagi di Semenanjung Gaza, kata Sabri.

Menteri itu berkata, sekurang-kurangnya 47 pelajar Palestin terbunuh akibat ditembak Israel pada 2018, sekali gus menggesa masyarakat antarabangsa lebih bersikap tegas menamatkan kezaliman rejim Tel Aviv.

Difahamkan, kira-kira 6,000 rakyat Palestin sedang menderita di pusat tahanan Israel, termasuk wanita, kanak-kanak dan beberapa ahli Parlimen.- Agensi

Rujukan

https://www.ismaweb.net/2019/03/20/hampir-300-pelajar-palestin-ditahan-di-penjara-israel/





LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.