Katak pun ada bahasa sendiri... tak susah nak faham

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Siapa kata katak tidak punya bahasa, katak hutan hujan Puerto Rico memilikinya sendiri, tapi cuma dua sebutan, iaitu ko dan kee.

Kerana itu, ia dinamakan Katak Coqui. 

Katak Coqui

Setiap petang khususnya pada musim membiak akan kedengaran katak ini "berbual-bual" dengan menyebut dua perkataan itu silih berganti.

Bagaimanapun pada satu-satu ketika, ia hanya menyebut Ko. Dalam bahasanya, ko bererti nyah dari sini sementara kee membawa maksud hampiri daku.

Ko digunakan untuk memberi amaran kepada pesaing terutama apabila pasangan menunjukkan minat. Sementara kee sebagai isyarat agar pasangan yang sudah bersedia menghampirinya.

Katak betina boleh memilih pasangan yang ia suka mengikut "pilihan hati". Sekalipun ungkapan kedua-dua bahasanya agak kasar, namun jarang berlaku pergaduhan kerana hampiri daku bukan merupakan paksaan, cuma rayuan.








Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.