Mahasiswa Jurubicara Rakyat slogan perjuangan mahasiswa

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
"Mahasiswa Jurubicara Rakyat" merupakan slogan popular yang muncul dalam sejarah kebangkitan mahasiswa era '60an. 

Peristiwa perjuangan "rebel" Hamid Tuah bersama kaum petani peneroka tanah di Teluk Gong, Klang pada tahun 1967 telah menjadi inspirasi utama yang melahirkan slogan tersebut.

Selepas kerajaan menangkap Hamid Tuah buat kali ke-3 pada tahun 1967, seramai 300 orang mahasiswa Universiti Malaya buat pertama kalinya telah menjalankan protes "sit-in" di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, KL (pada masa itu Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor). Mereka telah duduk membantah di tengah-tengah jalan sambil mengadakan sesi Sudut Pidato, mengecam tindakan kerajaan yang tidak bersimpati dengan nasib kaum petani peneroka tanah di Teluk Gong.

Penglibatan mereka dalam isu tersebut telah membangkitkan kesedaran mahasiswa tentang penindasan terhadap kaum petani dan masalah kemiskinan dikalangan rakyat. Sejak itu mereka mula menyedari peranan yang patut dimainkan oleh mahasiswa sebagai jurubicara rakyat.

Sumber: Akhbar The Sunday Times & Berita Harian, 15 Oktober 1967












Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.