Perlu pinda perlembagaan untuk laksana ICERD - Tun M

Kongsikan :


PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).



Dr Mahathir berkata, pelaksanaan ICERD memerlukan Perlembagaan Persekutuan untuk digubal semula.

"Untuk menggubal semula Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen," katanya kepada media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 di Papua New Guinea, hari ini.

Tambahnya, perkara itu adalah agak mustahil memadangkan jumlah ahli parlimen dalam kerajaan selain reaksi daripada kedua-dua pihak termasuk pembangkang berhubung perkara ini.

Sumber : Harian Metro

Bermakna yang mengatakan ICERD ini tidak menyentuh perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak keistimewaan Melayu telah berbohong, jika tidak menyentuh masakan Tun M mengatakan perlu pindaan perlembagaan, perkara 153 jika hendak dipinda, perlukan pindaan perlembagaan.. bermakna ICERD itu sendiri jika hendak dilaksanakan akan melibatkan perkara 153 yang melibatkan pindaan perlembagaan itu sendiri..




Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.