AWAS gerakkan kesedaran wanita Melayu menuntut kemerdekaan

Kongsikan :


Gambar ini menunjukkan ahli jawatankuasa Angkatan Wanita Sedar (AWAS) cabang Singapura bergambar di ibu pejabat mereka sekitar tahun 1947.




Bagi wanita Melayu pada zaman itu, kebangkitan gerakan politik kiri selepas berakhirnya Pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura telah menyediakan medan untuk penglibatan wanita dalam perjuangan rakyat.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan pertubuhan politik pertama yang mewujudkan sebuah sayap wanita yang dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pada tahun 1947.

Ramai pemimpin-pemimpin wanita lahir dari sayap wanita kiri ini. Aishah Ghani yang kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin Wanita UMNO, Sakinah Junid yang memimpin PAS, dan Shamsiah Fakeh pula terpengaruh dengan gerakan bersenjata dan kemudiannya menyertai Parti Komunis Malaya.





Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.