Semua orang akan panjang umur kecuali...

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

PANJANG UMUR DI DALAM KETAATAN 

Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur dengan berbuat ketaatan kepada Allah. 

Sabda Rasulullah ﷺ : 

" Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya) 

Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya : 

" Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." (Hadis Riwayat Jabir رضى الله عنه)









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.