Kisah pembunuhan dua pegawai Charles Brooke

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Pada 25 Jun 1859, Charles Fox dan Henry Steele, dua orang pegawai kepada Charles Brooke, telah mati dibunuh di kubu Kanowit, Sarawak. Mereka dibunuh oleh dua orang ketua masyarakat Melanau bernama Sawing dan Sakalai. 

Charles Brooke, yang terkenal dengan panas barannya, telah kembali ke Kuching dan bersumpah akan membalas pembunuhan para pegawainya. 

Pada akhir Julai 1959, Charles telah kembali ke Rejang dan menghukum bunuh 10 orang tempatan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Fox dan Steele, bersama 5 orang pegawai yang meninggalkan tugas di kubu Kanowit semasa kejadian. 

Namun, Sawing dan Sakalai berjaya melarikan diri ke kawasan orang Kayan, di hulu Sungai Rejang. 

Sumber rujukan: http://www.projekdialog.com/featured/maka-hadirlah-imperalisme-raja-putih-pembunuhan-beramai-ramai-masyarakat-kajang/










Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.