Ahmad Fauzee : Aku dan S.Kadarisman

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

AKU DAN S.KADARISMAN 
Nukilan: Dato' Ahmad Fauzee.

Pertama kali ku dapat melihat wajah seniman S Kadarisman adalah pada tahun 1969 ketika beliau memandu pulang ke rumahnya di Jalan Gombak KL melalui jalan di depan rumah ku. Pak Kadar memandu sebuah stationwagon yang dilekatkan dengan stiker filem TUNGGAL arahan beliau, kononnya ia sebuah publisiti untuk filem itu. Selepas itu, setiap petang jam 5-6, aku akan menyapu sampah di Laman rumah ku, bertujuan untuk menunggu kelibat kereta beliau yang setiap hari akan merentas di depan rumah ku. 

18 tahun kemudiannya, selepas bergelar artis, aku berpeluang untuk bergambar dengan beliau di Pesta Filem Malaysia di Melaka. Seorang yang humble dan unik tutur bahasanya - suara tak ubah seperti terdapat dalam filemnya. Aku terasa diriku terlalu kerdil duduk di sebelah seorang Gergasi filem Melayu. Itulah seniman S Kadarisman - one of the greatest Malay actors of all time. 

Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah swt.

Shahadat Kadarisman @S.Kadarisman (1922-1989)

Lagenda S Kadarisman









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.