Kerana koyak sedikit pada kain, semua hasil jualan hari itu disedekahkan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Imam Abu Hanifah meminta pembantunya menjualkan baki kain yang ada. Bagaimanapun sehelai daripadanya koyak sedikit. Tunjukkan cacat kain yang satu ini kepada calon pembeli sebelum dijual," pesan Imam Abu Hanifah.




"Baik syeikh," jawab pembantunya.

Namun disebabkan ramainya pembeli, pembantu kedai terlupa menunjukkan kecacatan kain yang dijualnya itu. "Sudahkah engkau tunjukkan kecacatan kain itu sebelum dijual," tanya Abu Hanifah.

"Ya Allah syeikh.... saya terlupa," kata pembantunya.

Abu Hanifah bagaimanapun tidak marah kepada pembantu tersebut, sebaliknya semua hasil jualan hari itu - 30,000 dirham disedekahkan semuanya kepada fakir miskin.







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.