Bila kereta kuat guna petrol, mungkin ini sebabnya

Kongsikan :





Saya memiliki senuah Proton Wira 1.5L (A) dan baru-baru ini, saya mendapati penggunaan bahan api lebih daripada kebiasaan sekitar satu liter untuk enam kilometer (km) sekiranya memandu di bandar.

Selain itu, saya menghadapi masalah ketika mendaki bukit dan ada mekanik menyarankan supaya menukar kotar gear, Apakah penyelesaian terbaik untuk masalah ini?

Jawapan :

Seandaianya proses baik pulih dilakukan menepati tahap piawaian dan kelegaan betul, prestasi enjin berupaya kembali kepada asal. Lazimya, mekanik berpengalaman mampu melakukan penalaan enjin bagi memastikan operasi enjin berjalan seperti di kehendaki.

Berkenaan masalah ketika mengharungi laluan berbukit, kemungkinan besar bukan kotak gear bermasalah tetapi kemungkinan enjing tidak beroperasi seperti sepatutnya sehingga kehilangan kuasa.

Kuasa dikeluarkan enjing bergantung pada banyak faktor termasuk kecekapan pembakaran, penalaan dan sebagainya.







Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.