Istilah-istilah Mahkamah yang pernah kita dengar tetapi tidak tahu maksudnya

Kongsikan :



Alibi – Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak hadir atau berada di tempat
kejadian semasa sesuatu jenayah berlaku.

Afidavit – Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif tentang sesuatu
hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil.

 Mandamus – Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam
yang tertentu.

 Prima facie – Mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan kuat untuk memulakan pendakwaan
atau memulakan perbicaraan di mahkamah.

 Habeas Corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam tahanan pihak
berkuasa dibebaskan.

 Waran – Surat kuasa yang untuk menangkap seseorang yang didapati bersalah atau
menggeledah sesuatu tempat.

 Injuksi – Perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu kerja/perkara
pada masa dan tempat tertentu.

 Writ - Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak pembela
supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan.

 Certiorari – Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh
mahkamah yang lebih rendah.

 Saman/Sapina – Perintah supaya pihak tertuduh hadir ke mahkamah.

 Sine dine – Penangguhan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.







Jika anda hendak viralkan produk atau perniagaan bersama kami, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Dikuasakan oleh Blogger.