Bidang Kuasa Raja dan Yang Dipertua Negeri

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
 Kuasa eksekutif kerajaan negeri terletak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri.

 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah majlis yang menjalankan kuasa eksekutif.

 Raja/Yang Dipertua Negeri melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam kalangan ahli
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan besar dikalangan ahli Dewan.

 Raja/Yang Dipertua Negeri melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat
Menteri Besar/Ketua Menteri.

 Raja/Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa memanggil, menangguh atau membubarkan
DUN. Raja/Yang Dipertua Negeri boleh membubarkan DUN atas nasihat Menteri
Besar/Ketua Menteri.

 Rang undang-undang yang diluluskan oleh DUN perlulah mendapat persetujuan daripada
raja/Yang Dipertua Negeri sebelum menjadi undang-undang yang boleh dikuatkuasakan
setelah diterbitkan dalam Warta Kerajaan.

 Raja/Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa dalam melantik majistret di negeri masing-masing
dan mempunyai kuasa pengampunan, meringankan hukuman kepada seseorang
yang melakukan kesalahan jenayah di dalam negerinya (atas nasihat Jemaah Pengampunan
Negeri).









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.