Keanggotaan Perbadanan Pengurusan Strata

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Pada umumnya perbadanan pengurusan adalah dianggotai oleh kesemua pemilik. Pada peringkat awal penubuhannya (iaitu sebaik sahaja buku daftar strata dibuka dan hakmilik-hakmilik strata didaftarkan), pemilik asal akan menganggotai perbadanan pengurusan kerana beliau didaftarkan sebagai pemilik berdaftar bagi kesemua petak. Keahlian perbadanan pengurusan seterusnya akan bertambah apabila pemilik asal memindahmilik petak-petak (hakmilik-hakmilik strata) yang dipegang olehnya kepada pembeli-pembeli petak yang lain.

Contohnya:

“Jika A adalah pemilik asal, maka kesemua hakmilik strata akan didaftarkan atas nama A dan perbadanan pengurusan dianggotai oleh hanya A seorang sahaja pada peringkat awal penubuhannya. Seterusnya, jika A memindahmilik salah satu petak (hakmilik strata) lain yang dipegangnya itu kepada B, maka keahlian perbadanan pengurusan akan bertambah kepada dua (iaitu A dan B). Keahlian akan terus meningkat apabila A memindahmilik petak-petak yang dipegangnya itu kepada pembeli-pembeli yang seterusnya.”







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.