Ahli majli Perbadanan Pengurusan Strata

Kongsikan :


Perbadanan pengurusan dikehendaki melantik ahli majlis atau council untuk bertindak bagi pihaknya berkaitan dengan pentadbiran skim strata pada keseluruhannya. Ahli-ahli Majlis hendaklah terdiri daripada tiga hingga empat belas orang.  Sekiranya hanya terdapat seorang pemilik bagi kesemua petak, soal melantik ahli majlis tidak timbul dan majlis akan terdiri daripada hanya seorang sahaja.  Sekiranya pemilik ialah dua atau tiga orang, maka kesemuanya akan menganggotai majlis sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan.

Peruntukan undang-undang berhubung dengan keanggotaan majlis, pemilihan ahli-ahli dan tempoh jawatan, mesyuarat majlis, prosedur di mesyuarat majlis, perwakilan kuasa dan kewajipan majlis, kuasa majlis melantik agen-agen dan pekerja-pekerja, serta minit mesyuarat dan akaun adalah diperuntukkan dalam Jadual Kedua Akta Hakmilik Strata.





Jika anda hendak iklankan produk anda disini, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.