Panduan memeriksa paras minyak pelincir enjin@minyak hitam

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Kenal pasti di mana letaknya dipstick. Biasanya ia berada berdekatan enjin dan bagi memudahkan ia dilihat, tombol penariknya sengaja diwarnakan.

Dipstick adalah alat penyukat paras minyak pelincir di dalam enjin kereta anda. Tarik ia keluar sepenuhnya dan lapkan hujungnya yang berminyak dengan kain. Masukkan ia kembali ke dalam lubang seperti sebelum anda menariknya tadi.

Dipstick

Tarik dipstick keluar sekali lagi dan kali ini lihat paras pelincir. Jika ia kurang dari paras MAX, tambah minyak pelincir sekadar mencapai paras tersebut.

Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.