Abdullah bin Salam : "Biar aku memikul kayu api ini"

Kongsikan :


Gambar Hiasan
Suatu hari, Abdullah bin Salam berjalan di pasar sambil memikul seberkas kayu api. Orang tentulah terkejut melihat sahabat Rasulullah tersebut, lalu ditanya kepada beliau:"Apalah yang tuan pikul ini? Sedangkan Allah sudah memberikan tuan lebih daripada ini."

Jawab Abdullah:"Aku mahu membuang rasa sombong."

Sambung beliau: "Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada sifat sombong sebesar biji sawi di dalam hatinya." (Riwayat Muslim)

Sumber : Al-Targhib wa Al-Tarhib, diriwayatkan oleh al-Tabarani.





Jika anda hendak viralkan produk atau perniagaan bersama kami, sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Dikuasakan oleh Blogger.