Kisah Benar: Kisah sekumpulan penganut Yahudi dan Nasrani memeluk Islam didalam penjara

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Pengarang Tabaqat al-Hanabilah meriwayatkan: Abdul Ghani al-Maqdisi, seseorang pakar hadis yang terkenal pernah dipenjarakan di Bailtulmaqdis di Palestin. Ketika di penjara, beliau bangun pada waktu malam dengan penuh keikhlasan kepada Allah untuk bersolat.

Bersama beliau di dalam penjara itu sekumpulan orang Yahudi dan Nasrani. Beliau menangis sehingga ke pagi.

Pada waktu paginya, setelah melihat keikhlasan dan kesungguhan abid itu, mereka pergi menemui pegwai penjara dan berkata:

Bebaskanlah kami, sesungguhnya kami telah memeluk Islam. Kami telah masuk agama lelaki ini.

Pegawai penjara itu bertanya:

Mengapa? Adakah dia mengajakmu memeluk Islam?

Mereka menjawab:

Dia tidak mengajak kami memeluk Islam, tetapi malam tadi dia telah mengingatkan kami tentang kiamat.


LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.