Apa niatmu ketika bersedekah?

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Abdullah Bin Wahab al-Misri bercerita :

"Haywah bin Syuraih mendapat gaji tahunan sebanyak 60 dinar. Setiap kali mendapatnya, beliau tiadak akan pulang ke rumah melainkan beliau telah bersedekah dengannya. Kemudian apabila sampai di rumah, beliau mendapati apa yang disedekahkan berada diaas katilnya.

Beliau mempunyai seorang anak saudara. Apabila si anak saudara ini mendapat tahu kisah itu, lalu dia pun bersedekah dengan wang gajinya. Kemudian dia mengharapkan apa yang disedekahkan itu ada diatas katilnya, tetapi hampa.

Lalu dia mengadu kepada Haywah.

Haywah berkata: "Aku memberinya kerana tuhanku dengan keyakinan akan ganjarannya. Sedangkan engkau memberinya kerana tuhanmu dengan niat mencuba-cuba sahaja."

- Wafayat al-A'yan, Ibn Khalikan









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.