Bila basuh pakaian...11 petua ni ramai yang tak tahu


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



1. MENCUCI PAKAIAN TERKENA TANDA-TANDA TERTENTU
Apabila pakaian anda terkena sesuatu benda yang akan meninggalkan tanda pada pakaian itu seperti kunyit, dakwat, darah dan sebarang kotoran yang lain, hendaklah dibasuh secepat mungkin. 

Kebaikan-kebaikan jika berbuat demikian ialah:
a. Kekotoran mudah dibasuh
b. Walaupun jika jenis tanda yang susah dibasuh, tetapi tanda itu tidak akan berkesan lagi di kain itu. 

Keburukan melambatkan mencuci tanda-tanda yang terdapat pada pakaian ialah:
a. Tanda- tanda itu akan menjadi kering dan susah dicuci untuk dibuangkan.

b. Pakaian bertanda itu jika tercampur dengan pakaian yang tidak bertanda semesa merendam pakaian untuk dibasuh, akibatnya tanda itu akan merebak ke bahagian lain dan juga bahagian lain.

c. Jika terendam pula ke dalam air panas, sesetengah tanda-tanda itu akan menjadi bertambah melekat pada pakaian itu contohnya darah. 

Sebaik-baiknya cucilah pada bahagian yang bertanda itu sahaja. Cucilah dengan cermat. Dengan cara ini tanda itu tidak merebak ke bahagian lain.

2. MENCUCI PAKAIAN TERKENA DARAH
Jika pakaian anda terkena darah, bancuhlah 1 camca besar serbuk ke dalam 1 mangkuk air sejuk. Setelah itu rendam atau celupkan bahagian yang terkena darah ke dalam bancuhan tadi. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa.

Jika telah berharian darah itu di pakaian anda, bancuh sedikit garam serbuk ke dalam air sejuk. Rendam atau celupkan bahagian yang berdarah itu ke bancuhan itu selama satu malam. Pada keesokan harinya basuh, bilas dan jemurkan pakaian itu seperti biasa. 

3. MENCUCI PAKAIAN TERKENA DAKWAT BIASA
Terdapat beberapa cara untuk mencuci pakaian yang terkena dakwat biasa, iaitu:

Cara 1
a. Basuh di bawah curahan titik air paip atau air dari mulut cerek, teko atau kole bagi mengurangkan dakwat itu.

b. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air, biar pekat.

c. Celup atau rendamkan pakaian yang bertanda itu ke dalamnya selama 20-25 minit.

d. Basuh, bilas dan jemurkan seperti biasa. 

Cara 2
a. Sama seperti cara 1 di atas. 
b. Titikkan air limau nipis yang bercampur dengan garam ke bahagian yang bertanda dakwat itu dan gosokkan.
c. Biarkan kira-kira 20-25minit
d. Dibasuh, dibilas dan jemur seperti biasa.

Cara 3
a. Sama seperti cara 1 di atas
b. Bancuh sedikit garam dengan air limau dan kira-kira 1/2 liter air mendidih. 
c. Rendam bahagian yang bertanda itu beberapa minit (5-10minit).
d. Berus rata-rata kemudian basuh dan bilas seperti biasa.

4. MENCUCI PAKAIAN TERKENA KARAT
Cara 1
a. Potong dua biji limau dan keluarkan bijinya 
b. Gosokan limau di bahagian tanda itu
c. Rendamkan ke dalam air yang bercampur sedikit garam serbuk.
d. Basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.

Cara 2
a. gunakan sejenis cecair yang khas digunakan untuk menghilangkan karat iaitu dikenali dengan nama `Moval' atau `Dygon'. 
b. Basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.

5. MENCUCI PAKAIAN TERKENA KOPI, TEH ATAU KOKO
Jika pakaian anda baru terkena, jiruskan air panas mendidih ke bahagian yang bertanda itu,iaitu bagi melekaskan tanda itu terbuang. Setelah itu basuh seperti biasa dengan sabun, bilas dan keringkan. 
Berlainan pula cara untuk membersihkan pakaian anda jika telah lama terkena tanda-tanda itu ( telah kering).

Caranya, rendamkan pakaian yang bertanda itu ke dalam air panas dengan dicampur sedikit dari jenis-jenis pencuci ini:-
a. Boltacic powder 1 camca sedang
b. Ammonia 2 camca sedang
Kemudian seperti biasa bilas dan keringkan pakaian anda itu. 

6. MEMBERSIHKAN PAKAIAN ANDA TERKENA TELUR
Cara untuk membersihkan pakaian jika terkena telur ialah basuh kemudian rendamkan dalam air sejuk yang bercampur sabun. Setelah itu basuh, bilas dan keringkan pakaian anda itu. 

7. MENCUCI GETAH BUAH
Jika pakaian anda terkena getah buah, bancuh 1 camca teh colox dengan 1 besen air panas. Kemudian rendamkan kain yang terkena getah buah itu ke dalamnya. Basuh dan sidai seperti biasa.

8. MENCUCI PAKAIAN TERKENA CAT
Jika baru terkena:
a. Rendamkan bahagian yang terkena cat itu ke dalam sedikit turpentine atau minyak tanah.
b. Ketika direndam itu, pakaian itu diberus dengan berus gigi. 
c. Angkat, basuh dengan air panas yang telah dibancuh dengan serbuk sabun.
d. Basuh dan bilas dengan air panas.

Jika cat itu telah kering: 
a. Tanggalkan atau kikis cat itu seberapa dapat dengan pisau nipis. Buat dengan perlahan dan cermat bagi mengelakkan pakaian itu dari terkoyak.
b. Gosok dengan colox atau ammonia.
c. Basuh dan bilas seperti biasa. 

9. MENCUCI PAKAIAN TERKENA GETAH RUMPUT
a. Rendam dengan 'mathylated spirit' bahagian yang terkena getah rumput.
b. Basuh dan bilas seperti biasa.

10. MENCUCI KASUT ATAU BEG TANGAN JENIS KULIT ATAU PLASTIK
Persediaan
a. Ubat gigi Colgate
b. Span
c. Kain linen yang tidak luntur 
d. Air
Peraturan:
a. Bersihkan beg tangan atau kasut itu lebih dahulu dengan kain yang bersih.
b. Calitkan kain linen ke ubat gigi
c. Gosokkan ke serata beg tangan atau kasut. 
d. Sapu ke seluruh bahagian beg atau kasut

11. PETUA MENCUCI PAKAIAN
a. Jika menggunakan mesin pencuci, asingkan pakaian luntur warnanya dengan pakaian lain. 
b. Selain sabun pencuci, masukkan sedikit syampoo ke dalam pakaian yang dicuci supaya berbau harum
c. Jemur kain dengan cara terbalikkan kain supaya tidak pudar kainnya.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.