Aksi orang utan cuba selamatkan lelaki terjatuh ke dalam air




INDONESIA - Tindakan orang utan menghulurkan tangan kepada seorang lelaki ketika berada di dalam sungai menyentuh hati netizen.

Orang utan itu seolah-olah cuba menyelamatkan lelaki berkenaan yang sebenarnya membersihkan kawasan tersebut selain mencari ular kerana spesis itu boleh memberi ancaman kepada habitat orang utan.

Momen itu sempat dirakam di hutan simpan di Borneo yang menjadi pusat perlindungan spesis terancam hingga tular di laman sosial, lapor Metro.uk.

Menurut Anil Prabhakar, dia berada di lokasi kerana mengikuti lawatan bersama rakan-rakannya dan melihat lelaki berkenaan membersihkan kawasan tersebut.

"Lelaki itu membersihkan semak kerana bimbang ancaman ular berbisa kepada orang utan.

"Ketika itu saya nampak seekor orang utan dewasa sedang menghulurkan tangannya kepada lelaki tersebut namun dia tidak menyambutnya sebaliknya terus melakukan kerja-kerja pembersihan semak," katanya.

Anil dari Indonesia memberitahu, tindakan lelaki itu berbuat demikian kerana orang utan adalah haiwan liar namun ia dilindungi di kawasan tersebut.

Pekerja itu adalah sebahagian daripada Yayasan Survival Orang Utan Borneo (BOSF), sebuah yayasan yang telah menyelamatkan ratusan orang utan di Kalimantan Timur sejak ditubuhkan pada 1991.

BOSF adalah program untuk menyediakan perawatan dan rehabilitasi bagi orang utan yang kehilangan habitat atau induk mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
----

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.