PETA gerakan pemuda Melayu yang radikal menentang British


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


9 Oktober 1947

Sebuah gerakan pemuda radikal Melayu telah ditubuhkan di Temerloh, Pahang. Gerakan ini dikenali sebagai PETA (Ikatan Pembela Tanah Ayer Malaya).


PETA telah ditubuhkan untuk mengisi vakuum yang wujud selepas gerakan API (Angkatan Pemuda Insaf) diharamkan oleh Kerajaan Penjajah British pada bulan Julai 1947.

PETA merupakan salah satu badan yang bergabung di bawah PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat - All Malaya Council of Joint Action) yang menyusun Perlembagaan Rakyat dan mogok Hartal 1947.

Gambar-gambar ini diambil semasa kongres pertama PETA yang diadakan di Temerloh pada bulan Mac 1948.

Tiga bulan kemudian pada bulan Jun 1948, PETA telah diharamkan selepas penjajah mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaya.

Sumber gambar: Arkib Negara Malaysia

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.