Tahniah Pahang! amaran tegas sila gunakan tulisan jawi pada papan tanda premis


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



KUANTAN, 5 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Pemilik premis perniagaan dan papan iklan di Pahang yang belum menggunakan tulisan jawi dinasihatkan segera berbuat demikian, memandangkan mereka hanya mempunyai dua bulan sahaja sebelum boleh dikenakan tindakan.



Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata, mulai 1 Januari depan, kegagalan menggunakan tulisan jawi boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
Katanya, ketetapan menggunakan tulisan jawi yang bersaiz sama seperti tulisan rumi dibuat tahun ini, bertujuan memartabatkan semula tulisan jawi yang semakin terpinggir, namun berdasarkan pemerhatian penggunaannya masih belum meluas kecuali di beberapa lokasi di Kuantan dan Pekan.
“Ada peniaga yang mengatakan mereka tidak menerima arahan tetapi sebenarnya arahan mengenai perkara ini telah diuar-uarkan menerusi media walaupun mungkin kurang agresif.
“Kita harapkan mereka menggunakan tempoh masa yang masih berbaki ini untuk segera berbuat demikian,” katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Air Balok di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin.
Pada program itu, seramai 370 sukarelawan terdiri daripada syarikat swasta, institusi kewangan dan pelajar institusi pengajian tinggi di sini mengutip 451.5 kilogram sampah sepanjang tiga kilometer pantai dalam tempoh dua jam.
Sementara itu, Hamdan berkata, MPK memperuntukkan RM1.9 juta bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan pantai sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 seperti jalan raya dan tandas.
Peruntukkan itu ialah masing-masing RM500,000 bagi Pantai Cherating, Pantai Chendor dan Pantai Sepat sementara Pantai Batu Hitam dan Pantai Kempadang setiap satu menerima RM200,000.
“Kita sedar bahawa pantai di daerah ini perlu bersaing dengan banyak kawasan pelancongan lain termasuk pantai di Terengganu yang bersempadan dengan Kuantan.
“Apabila kemudahan infrastruktur dibangunkan, kita berharap lebih ramai pelancong akan memilih pantai di Kuantan sebagai lokasi percutian mereka,” katanya – Bernama
KM: Sedih teringat terkuburnya syarikat utusan Melayu maka akhbar tulisan jawi pupus selamanya.. moga Utusan kembali bangkit menjadi wadah suara bangsa.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.