Sathianathan punca Amri nekad tinggalkan Selangor sekali lagi


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




B. Sathianathan merupakan punca utama Amri Yahyah mengambil keputusan untuk meninggalkan Selangor dan melabelkan penghijrahannya meninggalkan skuad Merah Kuning kali ini adalah kekecewaan terbesar sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam dunia bola sepak.

Perit untuk angkat kaki dari Selangor tetapi inilah yang terbaik, dengan keputusan drastik Amri itu mengejutkan ramai pihak walaupun klausa dalam kontraknya menyebut kebebasan Amri untuk kekal bersama Selangor adalah atas pilihannya sendiri.

Terdapat faktor di sebalik perkara yang berlaku dan Amri melabelkan keputusannya itu didorong rasa tidak sehaluan lagi dengan jurulatih Selangor itu.

"Setakat Indeks Prestasi Utama (KPI) melangkah ke suku akhir dan kekal dalam saingan Liga Super tidak cukup. Sekurang-kurangnya meraih satu piala dalam setiap musim membuktikan anda pemain Selangor," kata Amri

Faktor 'pilih bulu' yang didakwa sering diamalkan Sathianathan antara penyumbang kepada rasa hambar Amri untuk meneruskan khidmat bersama Selangor.

Pemain itu sering tersisih daripada aksi penting dan penampilan terakhir Amri bersama Selangor musim ini ialah ketika bertemu Felda United dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia. 

"Saya masih belum berniat untuk bersara, jangan risau. Namun ingin saya ingatkan, pasukan yang bakal saya sertai tidak mampu diatasi Selangor," kata Amri.
Sementara itu, Sathianathan menjelaskan sikap tidak tunjuk minat untuk kekal bersama Selangor adalah sebab utama pemain terbabit meninggalkan skuad Gergasi Merah.

Pengendali itu pula mendedahkan beberapa tindakan protes yang pernah dilakukan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sewaktu bersama pasukan sebelum ini.

"Pihak pengurusan boleh melakukan sebarang keputusan dalam perancangan bagi menggunakan khidmatnya bagi mempertingkatkan skuad muda pasukan dan saya amat menghormatinya sebagai seorang pemain.

"Tetapi apa yang membuatkan saya pening kepala adalah dia meninggalkan perlawanan 10 minit sebelum tamat permainan (ketika tewas kepada JDT dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia serta tidak bersama pasukan dalam bilik persalinan dan tidak hadir untuk mesyuarat pasukan selepas tamat permainan. Amri yang membuat keputusan untuk berhijrah, bukan saya," katanya.

Sumber : Stadium Astro


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.