OPERASI LALANG 1987


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


OPERASI LALANG 1987



Seramai 55 orang telah ditangkap di bawah ISA pada hari pertama Operasi Lalang 1987. Angka itu meningkat menjadi 63 pada hari yang kedua. Gambar ini menunjukkan senarai penuh kesemua 63 individu yang telah ditangkap sehingga 28 Oktober 1987.

Jumlah tahanan kemudiannya meningkat menjadi 88 orang pada 30 Oktober 1987, dan 96 orang pada 12 November 1987. Pada 14 November 1987 jumlah keseluruhan yang ditangkap dalam "Operasi Lalang" mencecah angka 106 orang.

Mereka telah ditangkap di bawah Seksyen 71(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Seramai 57 orang telah dibebaskan dalam tempoh 2 bulan selepas mereka disoalsiasat, manakala 49 orang lagi telah dilanjutkan perintah tahanan mereka selama 2 tahun atas arahan Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir Mohamed.

Sumber gambar: Akhbar The Straits Times, 29 Oktober 1987

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.