Khasiat pokok Semelit Jekuk antara merawat darah tinggi, malaria, asma dan lain-lain


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




NAMA TEMPATAN : SEMELIT JEKUK
NAMA BOTANI : BREYNIA DISEIGERA
NAMA LAIN : KATUT SELAYAR, SAGA MONYET
LOKASI DITEMUI : BELUKAR DAN SEMAK SAMUN
JENIS TUMBUHAN : TUMBUH LIAR DI HUTAN
ASAL: TUMBUHAN TEMPATAN

Semelit Jekuk bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Walau bagaimanapun ini mempunyai banyak khasiatnya dari segi perubatan tradisional. Tumbuhan ini adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter.

Tumbuhan ini sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Pokok Semelit Jekuk boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok Semelit Jekuk selalunya ditut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan. Bunganya yang berbau tengik merupakan produk utama tumbuhan ini.

KHASIATNYA:

Minyak ekstrak dari Semelit Jekuk dipercayai baik dan banyak dalam perubatan aroma dan banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merehatkan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). Ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid. Tumbuhan ini juga mampu menurunkan tekanan darah, dan boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi.

Minyak Semelit Jekuk juga boleh digunakan dalam industri kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghilangkan kelemumur.

Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan  tekanan dan insomnia. Selain itu, Semelit Jekuk juga dipercayai berkhasiat untuk mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki dan frigid bagi wanita. Ia juga dikatakan berkesan apabila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria, bronkitis dan asma.

Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan ke dalam segelas air panas yang mendidih dan ditutup, tapis dan miunum apabila telah sejuk. Untuk sesak nafas pula, segenggam daun Semelit Jekuk direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir sehingga tinggal segelas air, tapis dan minum airnya waktu pagi dan malam.

Untuk bronkitis, segenggam daun Semelit Jekuk direbus dengan dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam. Oleh kerana bunganya mempunyai bau tengik yang amat kuat, pengguna dinasihatkan agar tidak mengambilnya sevara berlebihan kerana boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala.

Sumber : Buku khasiat Tumbuhan Herba



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.