Hebatnya orang Rawa !


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Pada tahun 1921 Haji Abdullah Nordin al-Rawi dikatakan mempopularkan perkataan "Rawa" kepada orang Malaysia! Anak dari Rao, Sumatera ini telah menubuhkan Persama Press pada tahun 1921 di Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Kitab-kitab dan buku-buku yang diterbitkan menggunakan perkataan Rawa dan kebanyakkan disumbangkan oleh orang Rawa yang menetap di Malaysia.

Anak Haji Abdullah dinamakan Haji Yusuf Rawa. Anak Rawa ini kemudiannya menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki.


Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao adalah judul karya Hamka yang terkenal itu! Tuanku Rao berasal dari Rao yang disebut di Malaysia sebagai Tuanku Rawa. Nama sebenarnya adalah Syeikh Muhammad Shalih bin Muhammad Murid al-Khalwati as-Samani asy Syazali ar-rawi atau ar-Rawa!

Ulama besar ini pernah menadah kitab di depan Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Abdul Samad al-Palimbani dan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari di Mekah. Ketika itu bintang ulama Nusantara sedang gemerlapan di bumi Mekah dan Madinah sebagai guru agama.

Jadi tidak hairanlah sebutan Rawa hanya popular disebut di Malaysia dan Mekah. Sebaliknyadi Rao panggilan Rawa adalah memelikkan!

Tahulah kita Rawa adalah salah satu etnik bangsa Melayu yang mendiami daerah Rao yang terletak antara Tapanuli Selatan dengan daerah Minangkabau. Bukannya bermaksud kain, binatang dan kata perbuatan semata-mata.

Situasi ini sama dengan etnik Bawaen. Orang Malaysia dan Singapura memangilnya "Boyan". Walhal orang Bawaen tidak mengenali panggilan tersebut.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.