10 petua yang boleh kita amalkan untuk memudahkan kerja di rumah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Setiap wanita menginginkan kerja rumah yang beres dan tidak membuang masa.  Memang setiap wanita tidak dapat lari dari tugas rumah samada mereka itu seorang pekerja, ibu, nenek atau masih gadis.
Untuk menjadi seorang suri rumah yang ideal bukan satu tugas yang mudah, banyak harus dipelajari dan banyak petua yang harus diikuti.

Dari dapur ke bilik tidur ada-ada saja yang menjadi masalah kepada kaum wanita. Walaupun nampak mudah tetapi jika tidak ada cara yang sesuai untuk melakukan sesuatu itu, maka hasilnya tentu tidak memuaskan. Petua di rumah dan diikuti dengan petua-petua yang lain akan memberikan anda panduan yang begitu baik untuk diikuti.


1. MENYIMPAN BESI ATAU BENDA-BENDA YANG MUDAH BERKARAT

Basuh alat-alat itu dengan bersih, jemurkan di tempat yang panas. Sebelum disimpan disapukan dengan minyak kelapa rata-rata, mudah-mudahan alat-alat itu tidak akan berkarat.

2.MENYIMPAN BAKI CAT YANG TELAH TERPAKAI

a. Tutup cat itu ketat-ketat
b. Tonggengkan tin itu masa menyimpannya.
c. Bila hendak menggunakan goleng-golengkan tin itu dan tonggang-balikkan beberapa kali. Buka penutupnya dikacau rata-rata. Barulah digunakan.

3. PETUA SUBURKAN POKOK

Air beras atau air bekas basuhan ikan boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman anda seperti sayur-sayuran, bunga-bunga di halaman.

a. Air ini dimalamkan semalaman
b. Air basuhan ikan dibancuh dengan air beras, disiramkan pada tanaman seperti bunga dan tanaman lain. Dengan cara ini tanaman tersebut akan lebih subur.

4. PETUA SUPAYA ANAK TIDAK MENYELONGKAR ALMARI 

Anak-anak yang berusia 3-4 memang suka menyelongkar almari, untuk mengelakkan anak-anak anda daripada berbuat demikian, masukkan kuku tangan dan kuku kaki anda yang telah dipotong ke dalam almari atau laci.

Insya Allah anak anda tidak akan menyelongkar lagi.

5. PETUA MENGHARUMKAN BILIK MANDI

Jika anda mencuci bilik mandi, titikkan sedikit syampu pada lantai bilik mandi anda setelah itu barulah dicuci, anda akan dapati bilik mandi anda akan berbau harum.


6. MEMBERSIHKAN BILIK MANDI BERSIMEN BIASA ATAU PARIT YANG TELAH BERLUMUT

Peraturan:

a. Sapu bilik mandi atau parit itu terlebih dahulu.
b. Sebelum tidur taburkan sedikit serbuk kapur rata-rata
c. Renjiskan sedikit air di atasnya.
d. Biarkan semalaman. Pada esok hari barulah diberus simen tersebut dan cuci dengan air bersih. Anda akan dapati simen dan parit di rumah anda akan putih dan kelihatan bersih.


7. CARA MUDAH MENCUCI LANTAI BERMINYAK

Lantai yang berminyak memang menjadi masalah kepada surirumah, jika tersilap anda boleh mendapat kemalangan dengan lantai yang tertumpah minyak. Oleh itu, jika anda dapati lantai anda berminyak, cepat-cepatlah anda mengesatnya dengan kain buruk, setelah itu taburkan dengan sedikit serbuk sabun. Bersihkan dengan kain buruk yang telah dicelup dengan air yang bercampur garam, lakukan beberapa kali sehingga lantai anda kering.

8.MENYAPU HABUK PADA SILING

Siling rumah anda memang mudah kelihatan kotor dan berabuk, apatah lagi anda tidak membuang sarang labah-labah pada siling tersebut.

Cara mudah untuk membersihkan sarang labah-labah itu adalah anda menggunakan penyapu lidi yang disambungkan dengan kayu yang panjang.

9. MEMBERSIHKAN PERMAIDANI

Selain dari menggunakan penyedut habuk yang telah sedia ada, anda boleh juga membersihkan permaidani anda dengan cara menyapu terlebih dahulu habuk yang ada pada karpet anda dengan menggunakan penyapu lidi, setelah itu basahkan kain dengan air, lapkan pada permaidani anda. Lakukan beberapa kali sehingga anda puas hati permaidani anda telah bersih, setelah itu dianginkan atau dijemur.

10. MENGHALAU TIKUS DARI RUMAH

Jika anda menghadapi masalah tikus yang berkeliaran di rumah, selain dari tikus-tikus ini merosakkan barang-barang seperti kain baju dan juga buku-buku, tikus juga boleh membawa penyakit hawar.
Untuk menghalau tikus, ambillah daun durian belanda, letakkan pada bendul rumah anda atau mana-mana kawasan tikus selalu berkeliaran. Dengan cara ini, tikus tidak akan datang lagi ke rumah anda.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.