Rahsia khasiat brokoli melawan penyakit Osteoporosis


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



BROKOLI HINDAR OSTEOPORISIS


Osteoporisis adalah penyakit tulang yang kerap menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya.

Amalan mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporisis. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh badan kehilangan zat-zat galian, terutamanya kalsium, yang penting untuk pembinaan tulang.

Antara makanan yang patut dielakkan oleh pesakit osteoporisis ialah roti putih, minuman bersoda dan produk yang berasaskan binatang seperti daging, susu dan telur kerana kandungan proteinnya yang tinggi boleh menyebabkan tubuh badan kehilangan zat-zat galian sekali ganda.

Sebaliknya tingkatkan pengambilan bijirin serta sayur berdaun seperti bayam, sawi, kangkung dan sebagainya. Kedua-dua jenis makanan itu bukan sahaja kaya dengan kalsium tetapi juga mengandungi empat elemen penting, iaitu boron, mangan, strontium dan silika yang memainkan peranan penting dalam membentuk infrastruktur tulang.

Sayur berdaun, brokoli, kubis, bunga kubis, tauge, tomato, produk kacang soya dan teh hijau juga sesuai diamalkan kerana kandungan vitamin Knya penting untuk menghindarkan osteoporisis. Vitamin K juga mengurangkan kehilangan kalsium, sekali gus membantu tubuh badan menyerapnya secara lebih berkesan.

Di samping itu, produk kacang soya dan juga buah-buahan seperti buah tin, oren, betik dan raspberi juga sesuai diamalkan oleh pesakit osteoporisis kerana ia mempertingkatkan metabolisme homecysteine, sejenis kompoun toksik yang boleh mengganggu pembentukan sejenis  protein tidak larut yang wujud dalam tulang. Ia dikenali sebagai kolagen.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.