Amalkan pemakanan ini untuk atasi masalah sukar tidur (insomnia)


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Pengambilan makanan atau minuman yang kaya dengan karbohidrat merupakan jawapan paling tepat untuk mengatasi insomnia, sejenis penyakit yang tidak boleh tidur.


Jus epal, lemon dan limau gedang (grapefruit) adalah di antara minuman yang kaya dengan karbohidrat dan cepat mendatangkan kesan mengantuk. Jus buah-buahan itu hendaklah dibancuh dengan air panas dan terus diminum sebelum tidur.

Epal juga boleh dimakan begitu saja sebelum tidur tetapi kaedah yang lebih berkesan ialah merebusnya bersama sedikit bunga cengkih dan kulit kayu manis. Ia hendaklah diminum ketika masih suam.

Jus kurma dan buah markisa juga merupakan satu lagi penawar bagi membantu seseorang itu cepat lena. Agar lebih berkesan, jus kurma hendaklah dicampur dengan jus buah tin.

Meminumnya akan mendorong seseorang itu tidur dalam masa kurang setengah jam tetapi, awas...petua ini kurang sesuai bagi pesakit diabetes kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Susu atau minuman coklat panas merupakan satu lagi pilihan untuk membantu pesakit insomnia melelapkan mata. Selain daripada karbohidrat, minuman itu juga kaya dengan lemak yang turut mendatangkan kesan mengantuk.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.