September 1974 : Mahasiswa Universiti Malaya bertempur dengan polis

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


21 September 1974


Aktivis-aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari.

Akhbar Berita Harian melaporkan:

“Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang mahasiswa yang ditangkap di Johor Bahru kemarin bersabit dengan tunjuk perasaan setinggan-setinggan di Tasek Utara.”

Dua orang aktivis mahasiswa yang ditangkap ialah Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Yunus Ali, ahli-jawatankuasa PMUM.

Pada hari yang sama seramai 1,000 orang aktivis-aktivis mahasiswa dari Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM telah berdemonstrasi di luar kampus UM untuk menuntut pembebasan 2 mahasiswa yang ditangkap. Seramai 360 orang anggota polis FRU telah dihantar untuk menyekat demonstrasi tersebut. FRU telah bertindak melepaskan 18 das gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dijalankan oleh mahasiswa itu.

Sumber: Akhbar Berita Harian, 22 September 1974


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.